Aku susun aksara kata ini.
Aku luah dalam ruang imagi sendiri.
Yang dahulunya lantang.
Kini mulai senyap.
Membisu.
Lama lama hilang.
Menyepi.
Tuli.
Aku terkadang terbang.
Terbang dibawa angin.
Ringan dibawa pergi.
Perginya itu jauh.
Jauh ke dalam ruang yang baru.
Kononnya baru.
Aku mahu menjauh.
Menjauh dari benda remeh dahulu.
Menjadi dewasa semula.
Dalam ruang yang sama.




No comments:
Post a Comment