Catatan Masa Sibuk.

Assalamualaikum awak awak semua.

Alhamdulillah. Syukur banyak banyak sebab sekali lagi Allah kasi kita semua peluang untuk hidup dan beribadat kepada Dia :) Terima kasih Allah.

Aku sebenarnya bukan mahu tulis apa apa pun. Cuma nak tulis beberapa perkara yang aku rasa penting dan telah berlaku/sedang berlaku pada masa sekarang ini.
Sedia maklumkan, final dah nak dekat. dekat betul. serius tak tipu. grafik next week akan buat satu event besar besaran. Grafest - Graphic Fiesta. jadi, sebagai naib s/u persatuan, aku dengan ahli jawatankuasa lain sibuk betul buat meeting. sebenarnya aku tak berapa nak gemar benda benda macam ini. aku takut betul benda macam ini jejaskan study aku. tapikan, aku terima benda ini macam satu cabaranlah. InsyaAllah semua berjalan lancar.

Masa Grafest itu nanti, InsyaAllah aku akan buka booth macam event sem lepas. kali ini, aku nak jual tees. InsyaAllah. doakan yang baik baik okay :)

oh ya, 3D dah dapat final projek -.- ENT weekend ini ada final test, Isnin (27-02-2012) ada presentation business plan dengar cerita. Hmmmm. InsyaAllah, aku dan kawan kawan akan cuba buat yang terbaik :)


p/s : sibuk manapun kita ini, solat jangan pernah tinggal. penat mana pun kita ini, solat jangan tinggal. InsyaAllah Allah tolong kita permudahkan semua urusan kita. Amin.


No comments:

 

KEPUNYAAN MUTLAK AMRLHLM 2010©. KOT.