Cerita Bulan Januari 2012.

Assalamualaikum.

Syukur banyak banyak sebab dapat jumpa lagi.
Macam dah lama sangat tak menulis rasanya. Sedar sedar dah bulan Februari. Jadi aku rangkumkan saja cerita cerita yang aku rasa perlu aku tulis dekat sini.

CERITA HARI JADI

Hmm. Macam macam berlaku dalam bulan Januari. Aku harap aku dapat jumpa lagi bulan Januari pada masa akan datang. Sebab bila tiba tanggal 23 hari bulan, itu maksudnya hari lahir aku. Dan secara automatiknya, 23 haribulan Januari yang lepas, usia dah meningkat. dari 19 bertukar 20 secara rasminya. Terima kasih kepada keluarga (sebab masa hari lahir aku ada dekat rumah balik raya Cina). Terima Kasih juga pada semua makhluk Tuhan paling seksi (Kawan-kawan tak kira dimana saja) yang sudi beri ucapan hari jadi pada aku. Walaupun dengan dua huruf seperti HB, ia mampu membuatkan aku tersenyum. Ya, orang zaman sekarang memang suka ringkas-ringkas. Lagi ringkas lebih mudah kan ? Ceh. Eh, apa apa pun terima kasih banyak banyak pada semua yang menjayakan tanggal 23 haribulan untuk aku. Oh yam Selamat Hari Jadi juga buat Amin (19-01-2012), Azizi (14-01-2012) dan Munirah (02-01-2012) dan sesiapa saja yang lahir pada bulan Januari. Kita semua dah sebaya. Dua puluhan.

Alhamdulillah, dengan pertukaran usia ini, aku harap harap sangat aku dapat berubah dan menjadi seorang Muslim yang taat perintah agama, menjadi anak yang soleh. Aku perlu berubah. Bukan sebelum ini tak baik, cuma tak berapa nak bagus dan aku sendiri rasa tak berpuas hati dengan diri sendiri. InsyaAllah, aku akan buat perubahan. Tak banyak pun, aku akan buat sikit sikit. Doakan aku.


KERACUNAN MAKANAN

Masa lepas cuti raya Cina masa itu, aku disyaki keracunan makanan. Bukan aku  cakap tapi doktor cakap. Aku muntah-muntah untuk seminggu. Seminggu juga aku tak makan nasi. Kawan-kawan cakap aku nampak letih. Muka aku cengkung. Ah, aku cuma cakap, BIASALAH USIA DAH MENINGKAT SAKIT DATANGLAH -.- *kasi sedap hati.


PROJEK RABAK 2012 - P.O.R.T IPOH & LIYANA FIZI

28 Januari 2012 - Aku dengan kawan kawan serumah yang lain pergi ke satu event yang aku rasa cool dan awesome. Event ini namanya Projek Rabak. Dia lebih kurang macam kumpulan JOHO dekat Johor. Tapikan dekat Perak ini ada Projek Rabak. Macam-macam aktiviti awesome dan cool ada dekat sana macam talks, exhibitions, live performance dan lain lain. Tapi sebenarnya yang paling aku rasa aku sangat teruja tunggang langgang dekat sana pasal ada si cantik manis jantung hati - Liyana Fizi. Ya, aku memang minat dia sejak sekolah tingkatan tiga. Kalau tak silap masa itu, dia dengan kumpulan Estrella lagi. Sekarang kumpulan itu dah berpecah. Hmm. Tapikan, aku suka genre yang cuba dia bawa, Jazz. Benda paling best lagi, aku dapat bergambar dengan dia. Eh, tapi sebenarnya lagi best sebab dia cuit cuit aku. Dah lah aku penyegan nak mati. Eh malunya masa itu. Lagi satu, aku ada beli album dia - Between The Lines jadi secara automatiknya aku dapat autograf dia. Haa jeles tak jeles lah kau orang kan ? Dia siap reply tweet aku lagi. Aduh, sumpah 'Jatuh' dengan dia :)





Thanks Mirol - Liyana Fizi :))

Selain itu, aku pun ada beli beberapa buah buku yang aku memang berazam nak beli. Terima kasih kepada kerajaan sebab kasi baucer buku. Jadi, aku guna RM50 untuk beli empat buah buku - Aloy Paradoks, Kasut Biru Rubina, Kitab terfaktab dengan apa entah lagi satu. Ya, aku suka baca buku.



CERAMAH 2012 SEJAUH MANA KEBENARANNYA

31 Januari 2012 - Aku dengan Meor pergi ceramah dekat UiTM Perak tentang Kiamat. Ya, tipu kalau cakap tak takut pada kiamat. Islam pun suruh kita beriman pada hari kiamat apa? Okay. Lepas itu kan, salah satu faktor yang buat aku sangat sangat nak pergi pasal ada orang yang aku cukup kagum walaupun dia masih boleh dikira baru kan dalam bidang dakwah dakwah ni, Imam Muda Asyraf. Aku follow juga dia dalam tivi masa Imam Muda 1 dulu. Seronok tengok orang berdebat pasal agama dalam program tu. Sekurang-kurangnya dapat tambah ilmu kan ? Jadi, aku memang tak akan lepaskan peluang lah nak jumpa dia secara depan depan. Dan Alhamdulillah, Allah beri keizinan pada aku beb. Dia kelakar. Biasalah nak jadi orang macam itu, ilmu kena tinggi. Kena rajin tambah ilmu. Apa yang aku kagum kan, dia muda muda dah macam tu, sibuk sana sini tapi pada masa yang sama belajar bhai. belajar bukan calang calang, ambil jurusan Usuluddin dekat UM. Pergh kan ? Lepas itu, ambil Sarjana/Master. Dia boleh kira boleh jadi contoh pada orang muda sekarang lah ceritanya. Seimbang dunia & akhirat. Suatu hari nanti, aku kalau boleh nak jadi macam dia jugalah. Boleh ? InsyaAllah.

Imam Muda Asyraf & Imam Muda Amirul -.- 




Hm. Aku rasa berat hati nak tinggalkan Januari lah. Apa-apapun, sebab hari ini 1 Februari 2012, aku nak ucapkan SELAMAT HARI JADI PADA INCIK HALIM - PAPA yang ke 50 tahun. Jaga kesihatan. Semoga panjang usia, dimurahkan rezeki, dan berjaya dunia & akhirat ya Pa.

p/s : aku dah jadi pengguna tetap Beri Hitam yang sah. sebelum ini, secara haram. :)




No comments:

 

KEPUNYAAN MUTLAK AMRLHLM 2010©. KOT.