Ini satu self-project sebenarnya. Yang mana aku suka suka cuba sekali untuk join satu match poster design untuk film KIL awal bulan Jun hari itu. So dekat entri ini aku sertakan sekali design poster yang dah pun aku siapkan dan banyak banyak terima kasih Grand Brilliance sebab baik hati betul kasi aku nombor dua. Rasa dihargai ceh.
Secara asasnya siapa yang tak pernah ada keberanian untuk tonton cerita KIL, maka mereka tergolong dalam golongan yang rugi. Maha rugi. Tak kisahlah sekali ke dua kali ke tiga kali ke kau tengok pun. Komen aku untuk cerita ini? Entahlah, sempurna betul. Adalah sikit sikit yang boleh diperbaiki in a future but at least cerita ini bukanlah macam tipikal cerita Melayu yang 'lain'. Orang orang yang berseni dan 'bijak' sahaja kut yang reti menilai. Kalau tak minat juga, pergilah layan filem filem rempit gangster sana. Bukan diskriminasi, tapi realiti. Kalau tak reti nak move on juga tak tahulah.
Tapi Zara dengan Akil ini perfect combination sebenarnya - salah satu elemen penting.
![]() |
| Poster asal. |
![]() |
| Poster buatan aku sendiri. |
![]() |
| Juga poster buatan aku sendiri. |
Twtup KIL
Venue : GSC, One Utama
Date : 2nd June 2013
KLAB2013, Annexe Gallery
Venue : Central Market
Date : 16th June 2013
Terima kasih banyak banyak dan tahniah buat Nik Amir, Rewan Ishak dan semua krew for making such a great film and giving a new cinema experience to Malaysian. Tak banyak pun filem yang boleh buat penonton berfikir kan dekat Malaysia ini. So, for the next project teruskan bekerja dengan tenang dan usah risau dengan kata-kata orang dan hasilkan lebih banyak filem yang berkualiti dan berintelektual.












No comments:
Post a Comment