tiada deskripsi #22

Petang itu, dia duduk seorang seorang. Duduk ditepi pangkin agak-agak dekat dengan rumah jiran sebelah rumah mulut bising. Dia punya keinginan tinggi, mahu terbang. Mahu kejar impian. Mahu jadi terkenal. Mahu jadi orang kaya-kaya. Orang Ada-ada. Bila sudah terkenal nanti, dia mahu tolong orang-orang susah. Biar hilang susah dalam dunia ini. Tak ada langsung susah dah. Tak macam dia susah. Sejak bapak dan ibu meninggal, dia kena dera dengan emak tiri.

Kenapa entah emak tiri mesti jahat macam dalam tivi? Dia macam sindarela mungkin? Tapi ini dunia realiti bukan fantasi macam cerita pari-pari. Cium katak lalu poof! katak bertukar jadi putera kacak misteri. 

Ah, itu semua karut!

"Luna, masuk ke dalam lekas! Banyak kerja belum siap!"

Lamunan Luna hilang. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Berlari takut kena rotan. 

Ah, lupakan hasrat sebelum kena sebat! bisik Luna sambil mengesat air mata duka.


No comments:

 

KEPUNYAAN MUTLAK AMRLHLM 2010©. KOT.