Dalam sibuk-sibuk keadaan di ibukota itu, ada seorang pemuda
separa hipster, Ahmad Jamil atau lebih dikenali sebagai James dalam kalangan
teman-teman.
Hari minggu itu, James keluar seorang-seorang di ibukota.
Sengaja dia keluar tanpa mengajak siapa-siapa yang tinggal dengan dia di rumah
sewa. Dia mahu sendiri. Dia mahu lari. Sebenarnya, dia tertekan dengan hidup
sendiri.
James, James. (geleng kepala).
Khabarnya, hari itu James mahu pergi jumpa seseorang. Entah
betul atau tidak penulis sendiri pun kurang pasti. Dia duduk menunggu bas awam
di pondok bas. Rokok dibibir sentiasa tak lepas. Asap dihembus bebas.
Berterbangan asap bauan keras. Masih belum ada bayangan bas yang ditunggu
James. Ah, James sudah tak sedap hati. Lambat betul bas ni. James paksa hati
untuk bersabar. Syukur James masih punya iman untuk bersabar sedikit.
Tak lama itu, dalam kurang lebih lima minit dua puluh saat,
datang seorang gadis berhijab menghampiri James. Lama James perhati gadis itu.
Atas bawah atas bawah. Bertudung lilit ala-ala Yuna, berbaju kemeja kotak-kotak
kecil warna biru gelap, skinny jeans lusuh warna hitam, dengan kasut converse.
Amboi manis, kata James dalam hati secara senyap-senyap.
James membuat kesimpulan yang gadis itu---hijabster.
Hai, kata James. Gadis itu hai James balik dengan sedikit senyuman
tambahan.
Kemudian mereka diam tanpa sebarang kata-kata untuk sepuluh
minit seterusnya. James malu, rasanya. Malu dia masih tebal lagi sebagai lelaki
Melayu asli dan lagi satu dia tak punya rasa berani. Akhirnya dalam diam-diam, bas
yang ditunggu-tunggu telah tiba. Total masa yang James gunakan untuk menunggu
bas adalah dalam kurang lebih empat puluh minit. Tapi disebabkan ada gadis
hipster tadi dia rasa masa itu berlalu dengan pantas betul.
Maka, mereka dua-dua orang itu pun menaiki bas.
James dengan gadis itu duduk sebelah-sebelah dalam bas itu
sebab masa mereka dua-dua naik bas tadi, betul-betul ada dua kerusi kosong.
Mungkin kebetulan atau mungkin ketentuan. Tak pasti. James dapat rasa yang dia
dengan gadis hipster ala-ala Yuna tadi ada jodoh yang kuat.
Paranoid betul James, entah apa-apa.
James cucuk telinganya dengan alat pendengarnya. Lagu Liyana
Fizi diputarkan dalam volume yang paling kuat dia boleh buka.
Awak dengar Liyana Fizi?, tiba-tiba gadis itu menegur James.
James yang tidak mendengar kerana volume yang terlampau kuat tak perasan gadis
itu menegurnya. Gadis itu cuit James dan James toleh. James tanya, ada apa?
Awak dengar Liyana Fizi?, gadis itu menyoal James dengan
soalan yang sama.
James jawab, ya.
Dan gadis itu suka.
Lantas dia mengajak James bercinta dengannya dan mereka
berbahagia hingga ke anak cucu.
-
-
-
Celaka, ini tak lojik!




1 comment:
pukimak, baru jumpa terus ajak kahwin. kahkahkah
Post a Comment