Hari itu, Ali mati. Dia tahu yang dia sudah mati selepas dia
bangun dari tidur dan dia lihat badannya terbaring kaku. Seingat dia malam semalam
dia tak ambil sebarang pil yang boleh membahayakan nyawanya. Apatah lagi memakan
racun. Tak, Ali tak pernah cuba sekali-kali membunuh diri tapi bila dia sedar,
lihat-lihat dia sudah mati.
Mula-mula dia cuak. Dia merenung badannya sendiri yang
terbaring di atas sofa di depan tivi dengan pakaian kerjanya itu untuk sepuluh
minit, dan kemudian dia reda. Dia mengerti yang dia sudah mati. Menunggu masa
Izrail ambil dia pergi.
Dia kesat airmatanya yang jatuh sedikit di pipi.
Setelah dia berdoa agar ruhnya itu dicucuri rahmat oleh
Tuhan, dia berjalan keluar dari rumahnya perlahan. Dia berjalan dalam keadaan
yang tak punya hala tuju. Dia harap-harap Izrail datang cepat-cepat ambil dia
pergi dari dunia. Dia tak mahu dan dia tak sanggup berada dalam keadaan sedih
yang terlampau lama.
Tak lama kemudian dalam perjalanan, dia singgah di kedai serbaneka
sebentar sebab dia haus. Dia ambil air Red Bull kurang gula sebab dia tak
berapa suka manis. Ali berasa gembira kerana dia tidak perlu bayar disebabkan
dia sekarang sudah mati dan orang tidak dapat melihat ruhnya. Dia keluar dari
kedai dengan perasaan sedikit bahagia. Sedikit. Dia terus berjalan dan kali ini
dia mahu singgah di taman permainan yang berhampiran sementara menunggu Izrail.
Dia sudah berasa tak selesa dengan pakaian kerjanya yang masih tak bertukar
dari semalam. Sebab semalam lepas balik kerja, dia terus tidur kerana dia
berasa letih yang amat. Kerja gomen tak pernah tak buat dia penat. Hari-hari
penat. Badan penat, otak pun penat. Gila.
“Baguslah juga aku
mati. Hidup pun bukan ada siapa-siapa. Kerja pun sebab terpaksa”
Jiwa dia rasa kosong.
Mungkin sebab orang yang dah mati tak boleh rasa apa-apa
lagi, fikir Ali begitu. Jadi dia terus menunggu dan menunggu. Dia duduk di
buaian taman permainan yang lengang itu. Pelik, dia rasakan bilamana dia
melihat keadaan disitu tak ada siapa-siapa. Pelbagai persoalan dia fikir. Semua
bagi Ali sukar untuk dia rungkai tiap-tiap satunya. Rumitnya hanya Tuhan yang
tahu.
Buaian dihayun lembut. Matanya dipejam rapat. Menikmati
setiap sisa hembusan nafas di dunia ini untuk kali terakhir. Dia tak tahu sama
ada dia harus bersedih atau bergembira dengan kematian dirinya itu. Dia sedih
untuk tinggalkan segala kenikmatan yang ada di dunia dan dalam pada masa yang
sama, dia rasa gembira dan lega bilamana dia dapat lepaskan diri dari segala
keperitan dan beban yang ditanggung. Dia rasakan selama dia hidup di dunia dia
seperti dipaksa melakukan segala kerja. Dia fikir manusia zaman sekarang
bertuhankan pemodenan. Segala benda dinilai dengan mata wang sehinggakan nilai
kemanusiaan itu terkadang diabai oleh manusia bersifat kapitalis. Yang kaya
terus mengangkuh, yang miskin terus ditindas. Dicaci. Dimaki.
Dia bukanlah benci sangat pun dengan dunia sebenarnya, cuma
dia geram dengan manusia-manusia yang dibutakan dengan keduniaan. Lapar dengan
harta benda. Haus dengan hawa nafsu.
(JEDA)
“Seorang je ke?”
Lamunan Ali terhenti. Dia lihat ada seorang gadis
disebelahnya. Dia berasa pelik bila gadis itu dapat melihat dirinya dan berani
untuk menegurnya yang sudah mati.
Izrail perempuankah? Cantik benar Izrail, fikir Ali.
“Ya, aku seorang. Kau Izrail kah?”, Ali bertanya.
“Aku bukan Izrail. Aku Yasmin. Kau siapa? Kau Izrail? Siapa
Izrail? Sahabatmu?”
“Aku juga bukan Izrail. Aku Ali. Ahmad Ali bin Haji Ahmad
Ismail. Bapaku dulu imam di kampung. Tapi dia sudah lama meninggal”, balas Ali
panjang.
“Aku tak mahu tahu pun siapa ayahmu..”
Jawab gadis itu lalu dia duduk di buaian sebelah.
“Kau buat apa disini?” Dia tanya soalan kepada Ali.
Ali jawab dia mahu bermain buaian. Dan Ali tanya soalan yang
sama kepada gadis itu. Dan gadis itu menjawab yang dia juga mahu bermain
buaian.
Perasaan Ali berasa sedikit terganggu dengan kehadiran gadis
misteri itu. Dia mahukan kepastian.
“Yasmin, kau sudah mati?” tanya Ali sambil memandang Yasmin
dengan penuh harapan.
Yasmin diam.
Ali mula rasakan yang Yasmin itu psychopath. Gila.
Sombong. Apalagi?
Tiba-tiba Yasmin menangis perlahan.
Ali keliru. Ali rasakan
itu cuma taktik Yasmin untuk menagih rasa belas kasihan darinya. Ali biarkan.
Tapi tak lama kemudian dia rasa serba salah sebab dia rasa dia yang pentingkan
diri sendiri sebab membiarkan seorang perempuan menangis.
Bukankah perempuan
itu kaum yang lemah?
Lalu, Ali ambil keputusan untuk tenangkan Yasmin.
“Kau janganlah menangis. Aku tanya je tadi. Janganlah ambil
serius.” kata Ali perlahan. Tak tahu pula dia Yasmin begitu sensitif dengan
hal-hal berkaitan mati.
“Sebenarnya aku pun tak mengerti mengapa aku disini Ali. Apa
aku sudah mati? Kalau benar aku mati, kenapa aku masih di sini? Kenapa aku tak diambil oleh Tuhan terus?
Apa ruhku tak diterima Tuhan? Apa aku ini hantu?” jawab Yasmin teresak-esak.
Dia kelihatan begitu serius. Dia juga keliru seperti Ali.
“Usahlah kau berkata begitu Yasmin. Aku juga tak punya
kepastian. Aku sendiri keliru sekarang ni. Aku fikir kamu malaikat mahu
mengambil aku pergi dari sini, tapi bukan Yasmin, bukan. Aku sendiri lagilah tak pasti”
Mereka kembali berdiam untuk beberapa ketika. Keadaan
kembali tenang. Yasmin kesat airmatanya yang jatuh. Dia tahu dia harus terima
kenyataan yang mungkin betul dia sudah mati. Dia pandang Ali.
Ali masih tunduk. Keliru.
“Ali, nama I, Nur Yasmin binti Muhamad Azran” dia hulurkan
tangan kepada Ali. Bibirnya mengukir sedikit senyum walaupun matanya sedikit kemerahan dan berair.
Lalu Ali sambut tangan Yasmin.
Ali juga tak faham dengan kondisi jiwa Yasmin yang berubah secara mendadak. Dia fikir makhluk bernama perempuan ini memang makhluk yang susah dijangka.
Sentiasa punya musim yang berbeda. Dia juga tak sangka yang gadis bernama Yasmin itu yang pada awalnya tadi bersikap sombong sekarang lebih mesra daripada biasa.
Comel, fikir Ali.
“I rasa, kita patut habiskan sisa-sisa masa yang ada
sekarang ni dengan perkara-perkara yang menarik.” kata Yasmin kepada Ali. Teruja.
“Like what? Kita still ada masa ke?”
“Sekarang inilah Ali. You ni, kita kenalah appreciate baki masa
yang ada sekarang ni juga. Jomlah ikut I!” dia tarik tangan Ali dan kemudian mereka berdua melayang tinggi ke
udara.
Ali tak sangka diri dia boleh terbang.
Mereka terbang tinggi sehingga bangunan-bangunan kelihatan
kecil seperti permainan. Hutan-hutan kelihatan seperti sayur brokoli. Semuanya
dalam keadaan kecil-kecil belaka. KLCC yang tinggi itupun kini dia boleh pijak-pijak.
Keterujaan jelas terpancar di wajah kedua-dua ruh itu. Bebas.
“Yasmin, awak mahu bawa saya kemana?”
“Follow je I, nanti you tahu! Sekejap lagi kita sampai lah.”
Yasmin ketawa manja.
Ali reda. Dia ikutkan sahaja kehendak Yasmin. Lagipun dia seronok
ada seseorang untuk menemani dia sebentar sementara menunggu Izrail datang mengambil dia pergi dari dunia yang kekal itu.
“Eh itu bukan ke Taj Mahal, Yasmin?” Ali tanya Yasmin sambil
menunjuk sesuatu yang kecil di bawahnya tak lama kemudian. Yasmin mengangguk kepala memandang
kebawah mereka. Ali terkesima. Dia semakin bahagia dengan kematiannya. Mereka
terbang melepasi banyak negara. Macam dalam dunia fantasi.
Dua puluh minit kemudian, Ali dan Yasmin tiba di hadapan
sebuah monumen terkenal, Eiffel Tower.
“I dah lama nak pergi sini, Ali!” jerit Yasmin. Ali
tersenyum.
Ali rasakan ramai sahaja manusia yang mahukan percutian ke
Eropah lagi-lagi di Perancis. Bercinta dan bermadu kasih di tempat yang indah
dalam suasana yang romantis. Dia lihat Yasmin yang begitu teruja kerana
impiannya sudah terlaksana menjejakkan kaki di hadapan Eiffel Tower walaupun
hanya sebagai ruh dan bukan sebagai manusia. Yasmin berlari-lari di taman, Ali
duduk memerhatikan Yasmin. Dia ketawa kecil.
“Thanks Ali sebab sudi temankan I. Dari kecil I nak datang sini
but tak ada peluang masa I hidup dulu haha.”
Ali yang mendengar kata-kata Yasmin sedikit sayu.
“Mungkin betul kita dah mati. But, you still dapat peluang
to achieve what you dream kan Yasmin. And you still have me apa?” kata Ali lagi
spontan.
Yasmin pandang wajah Ali dan Yasmin tersenyum manis.
Mereka menikmati masa mereka di taman berdua bertemankan
kerdipan lampu Eiffel malam itu. Entah beberapa jam dari sekarang mereka akan
dijemput Izrail. Dan dibawa ke langit paling atas? Mungkin. Mereka sendiri
belum punya kepastian.
Sedang enak mereka berbual mesra, tiba-tiba datang seorang
lelaki berbadan besar kepada mereka. Yasmin dan Ali kaget. Lelaki itu cuba
menarik tangan Yasmin. Ali menghalang.
Dush! Satu tumbukan dahsyat singgah ke muka Ali.
Ali
terjatuh.
Dia tak berdaya.
Ali rasakan selama dia hidup dulu, tumbukan itulah yang
paling kuat dia pernah dapat sehinggakan dia rasa otaknya bergegar. Dia pusing.
Dia cuba bangun untuk menyelamatkan Yasmin namun dia terlewat.
Yasmin telah
diculik pergi.
Dia hanya mampu lihat Yasmin diangkat lelaki berbadan besar itu.
Kepalanya benar sakit.
Izrailkah yang tadi itu?
Izrailkah yang tadi itu?
Pandangannya mengabur.
Gelap.
“Yasmin!”
Ali terjaga dari tidur.
Nafasnya tercungap-cungap.
Matanya berair.
Badannya berpeluh. Dia pandang sekeliling.
Dia segera sedar yang dia baru sahaja bermimpi.
Ali beristighfar.
Jam di tangan menunjukkan pukul lapan malam.
Ah, itulah siapa suruh aku tidur petang!
Dia bingkas bangun dari sofa menuju ke bilik air membasuh
muka.
Keesokan harinya, Ali bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
Entah mengapa hari itu dia bersemangat benar untuk hidup. Dia seperti
dilahirkan semula. Mungkin mimpi semalam beri dia kekuatan untuk bernafas
dengan lebih bermakna pada hari ini. Enjin kereta dihidupkan. Pedal minyak dipijak. Ali menyusur
jalan itu perlahan. Lagu kegemaran diputar memecah kesunyian pagi. Mujur tempat
kerjanya dekat dengan tempat tinggalnya jadi dia bisa datang awal setiap hari.
Lima minit kemudian, Ali tiba di tempat kerjanya, SMK Aminuddin Baki. Dia merupakan guru bahasa Melayu di sekolah itu. Sebenarnya dia tidak berapa berminat dengan professionnya sebagai seorang guru
tetapi atas desakan kedua ibu bapanya dulu, dia pasrah. Dia meneruskan pengajiannya
di maktab perguruan setelah habis SPM. Tapi sekarang persepsinya terhadap
profession perguruan telah berubah sama sekali. Dia sedar yang kerjayanya itu satu yang mulia. Tanggungjawab sebagai seorang guru dia fikir harus dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Untuk anak bangsa sendiri juga, dia fikir.
Sedang dia berjalan dengan buku-buku pengajaran penuh ditangan, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Ali
terjatuh dengan buku-bukunya sekali.
“Maafkan saya encik!”
Ali pandang susuk manusia yang melanggarnya. Seorang
perempuan dengan rambut yang menutupi sebahagian muka. Perempuan itu membantu Ali mengutip semula buku-buku yang jatuh
bersepah di kaki lima.
“Eh tak mengapa. Salah saya juga jalan tak pandang depan.”
Mereka berdiri dan mereka berdua saling berpandangan.
Ali terkejut.
Dia
terkesima.
Lama dia perhatikan wajah perempuan yang dia rasakan dia benar-benar kenal itu.
“Hi nama saya Yasmin, Cikgu Yasmin. Saya cikgu baru dekat sekolah ni.” perempuan itu memperkenalkan dirinya kepada Ali.
“Oh hi Yasmin. Saya Ali. Cikgu Ali, cikgu bahasa Melayu di
sekolah ni.” jawab Ali dengan sedikit kehairanan di mindanya.
“Oh great! I pun cikgu Bahasa Melayu. Boleh tunjuk ajar I
nanti Cikgu Ali.”
“Of course! Err, Cikgu Yasmin. Are you sure before ni kita tak
pernah jumpa?” Ali bertanya kepada Yasmin. Dia masih tergamam. Dan sedikit perasaan teruja yang dia simpan sembunyi-sembunyi.
“Haha you ni. I baru je first day dekat sini, manalah I kenal
siapa-siapa. You lah orang pertama I tegur ni, itupun sebab I terlanggar” Yasmin
berseloroh.
Ali sedikit malu. Dia sendiri tak pasti perempuan
dihadapannya itu satu keajaiban atau kebetulan yang Tuhan berikan.
“Okaylah Cikgu Ali, I nak ke main office ada urusan sikit. Jumpa lagi.” kata Yasmin berlalu tersenyum sopan ke arah Ali. Ali angguk perlahan.
Hati Ali betul-betul tersentak pagi itu. Dia berjalan menuju
ke bilik guru hari itu dengan penuh tanda tanya dan jiwa yang penuh bahagia.
Dia berharap benar yang Cikgu Yasmin juga punya impian besar untuk ke Eiffel Tower seperti Yasmin yang berada dalam mimpinya semalam.
Yasmin berjalan perlahan menuju ke pejabat pengurusan sambil tersenyum. Sejujurnya, hati Yasmin turut tersentak pagi itu. Sebenarnya, dalam diam-diam dia juga turut memikirkan Ali dan mimpinya semalam walaupun dirinya sedikit terkejut semasa peristiwa perlanggaran tadi. Dia pasti Ali juga merasakan perkara yang sama terhadap dirinya.
Dan dia juga tahu dan berharap agar cerita antara dia dan Ali takkan berhenti setakat itu sahaja hanya disebabkan oleh sebuah mimpi.




4 comments:
Jalan cerita yang menarik..
Mimpi? Huh
hai u ! ada join buku Ipoh ?
Hi SaddLone. No, i tak ada join mana-mana lagi. Sendiri-sendiri je. Kenapa ya?
Post a Comment