tiada deskripsi #40

Pagi itu dia bingkas bangun dari tidur.
Bersiap-siap berbaju gaun putih.
Bercorak bunga warna merah jambu.
Manis benar manis.
Molek benar molek.
Rambutnya diikat tocang dua.
Beriben merah jambu.
Bergincu merah jambu.
Pendek kata semua merah jambu kecuali bajunya putih.

Lalu selepas dia selesai semuanya.
Dia lantas keluar dari rumah.
Terbang melayang ke udara.
Dengan kuasa yang dia ada.
Dia petik awan awan.
Tuk dia jadikan gula-gula kapas.
Dia kembali ke bumi dan dia beri pada anak-anak kecil.
Yang selalu berduka.
Yang selalu didera.
Yang selalu dipukul dihina ditertawa.
Dia taburkan debu debu magis pada gula-gula kapasnya.
Lalu si anak kecil menyusun tawa ria.

Oh rupanya dia ini si pari pari!
Kerjanya buat orang bahagia sentiasa.

(Bayangkan saja pari-pari itu persis Liyana Fizi dengan sayap sayap kecil dibelakangnya)

No comments:

 

KEPUNYAAN MUTLAK AMRLHLM 2010©. KOT.